HUBUNGI

Contact No : 0194804746 / 0197754746 A/C No : 3988538227 NOORDIN JEWEL ENTERPRISE Public Islamic Bank

Thursday, 5 May 2011

Konsep Ar-Rahnu

Memahami konsep memiliki emas dengan pinjaman Ar-Rahnu
Pernahkah anda terfikir bahawa membeli emas adalah sama ertinya seperti anda membeli sebuah rumah atau tanah atau apa-apa aset yang lain. Kita sering terlupa bahawa emas juga merupakan aset. Oleh kerana kita hanya memandang emas sebagai barang perhiasan maka pihak yang mendapat keuntungan selalunya golongan yang terlibat di dalam perniagaan emas. Namun begitu, kini saya percaya ramai yang semakin sedar akan perkara ini.
Cuba kita buat penelitian terhadap aset lain seperti rumah dan tanah. Apakah hasil yang kita perolehi dari memilikinya? Kita akan mengaitkan rumah dan tanah petempatan dan juga aset yang mampu memberi kenaikkan nilai selepas tempoh tertentu. Kini gantikan rumah dan tanah kepada emas. Sama bukan?
Ada pihak yang akan mengatakan bahawa rumah atau tanah boleh dibeli melalui pinjaman. Emas tidak. Di sinilah sebenarnya kesilapan yang dilakukan oleh kebanyakkan orang. Mereka terlupa bahawa konsep Ar Rahnu hampir sama dengan konsep membeli rumah atau tanah. Saya akan cuba jelaskan dengan cara yang termudah untuk difahami. Saya akan bahagikan kepada beberapa proses.
Pertama = Proses Membeli.
Membeli rumah atau tanah, tidak perlu bayar harga penuh rumah tersebut. Hanya membayar
bayaran pendahuluan (lebih dikenali sebagai duit muka). Proses pertama adalah antara anda dan pemaju atau pemilik tanah.
Kedua = Pinjaman Dari Bank
Proses kedua ini melibatkan pihak ketiga iaitu bank memberi anda pinjaman untuk menjelaskan bagi pihak anda, baki bayaran yang masih anda berhutang dengan pemaju atau pemilik tanah.
Ketiga = Bayaran Semula
Anda kini berhutang dengan pihak bank. Ini kerana pihak bank telah membayar hutang anda dengan pemaju atau pemilik tanah. Bank akan menetapkan bayaran bulanan pinjaman beserta kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (perbankan Islam) yang mesti dibayar setiap bulan.
Keempat = Memiliki Sepenuhnya Atau Menjual
Anda memiliki pilihan di sini. Sama ada anda ingin membayar hingga selesai pinjaman tersebut dan menjualnya, atau anda melihat kadar kenaikkan rumah atau tanah tersebut. Sekiranya harganya naik tinggi anda mungkin menjualnya lebih awal sekiranya hutang anda dengan bank dapat dibayar penuh dan mendapat lebihan tunai tambahan daripada jualan tersebut (membuat keuntungan).
Sebenarnya konsep ini juga boleh dipraktikkan dengan menggunakan kemudahan kredit yang ditawarkan Ar Rahnu. Proses yang sama sahaja dari proses pertama hinggalah proses keempat.
Malah terdapat beberapa kelebihan lain lagi yang terdapat pada emas. Saya akan nyatakan kelebihannya di bawah ini;
1. Pembelian emas boleh dimulakan secara kecil-kecilan dengan konsep ini. Ia bermodalkan serendah RM1000 dan selebihnya berdasarkan kemampuan anda. Sekiranya tanah atau rumah pasti lebih.
2. Sistem Bayaran Semula Ar Rahnnu, tidak mewajibkan anda membayar pokok pinjaman setiap bulan. Apa yang wajib adalah bayaran upah simpan setelah 6 bulan ia di bawah simpanan bank.
3. Faedah dari kenaikkan harga boleh diambil bila-bila masa sekiranya berlaku kenaikkan harga (bahagian ini saya rasa perlu penjelasan lebih mendalam, tetapi tiada apa yang terselindung).
4. Tiada 
“locking period”
, di mana anda boleh membayar penuh pada bila-bila masa (sekiranya membeli tanah atau rumah, walau anda selesaikan segala pinjaman awal di dalam tempoh “locking period”, anda tetap akan dikenakan penalti).
5. tiada dokumentasi untuk menyemak kemampuan anda membayar semula pinjaman. Anda hanya perlu bawa kad pengenalan. Tidak seperti membeli tanah atau rumah. Pinjaman untuk emas memberikan anda kelayakan membeli 100% selagi anda tidak diisytiharkan muflis.
Memandangkan sudah ada kemudahan kredit sebegini, mengapa anda perlu tunggu lebih lama lagi. Harga emas dijangkakan akan meningkat jauh lebih tinggi lagi sepanjang tempoh 2 tahun akan datang. Untuk anda membeli aset lain, modal yang anda perlukan jauh lebih tinggi. Anda boleh bertindak sekarang untuk berjimat atau bertangguh dan membayar harga yang lebih tinggi lagi di masa akan datang.

Wednesday, 4 May 2011

EMAS PERHIASAN UNTUK TEMPAHAN

SESIAPA YANG BERHAJAT NAK TEMPAH
(TEMPAHAN DALAM 7 HARI)
DESIGN COWBOY 1


DESIGN COWBOY 2


DESIGN RANTAI GAJAH

Ready Stock ...Gelang Tangan 916
Tempahan ...Gelang Tangan 999
Terbaru....Sedia Untuk
Terima Tempahan !!!
Barang Kemas Baru
Untuk Dijual..
Tukar Jongkong / Bar Kepada
Barang Kemas
Sijil Ketulenan dilampirkan
Memastikan keluaran Kami
adalah tulen..
Anggaran Berat 10g / 15g / 20g / 50g / 100g
Emas 916 / 999
Ketelusan Dalam Perniagaan Menjadi Keutamaan Kami.

Tuesday, 3 May 2011

10 SEBAB WANG ATAU EMAS

10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENUKAR WANG KERTAS KEPADA EMAS.


1) Tiada susut nilai dan inflasi. Zaman nabi kita s.a.w kambing sedinar seekor, zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang RM480 lebih kurang 1 dinar=4.25g


Setiap hari susut nilai. Satu ketika dahulu, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100000 rupiah=RM35 dulu mahal lagi.


2) BERnilai kerana ia logam.
Dipernilai kerana ia kertas yang dicop sahaja. Jika anda bank Negara (ada kuasa) anda pun boleh cop.


3) Laku satu dunia setiap masa. Orang kemboja yang hijrah ke Malaysia kini kaya raya di kelantan menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau.
Laku waktu aman je..contoh depan mata ialah Iraq,Selepas kejatuhan Saddam,wang ringgit terus tidak bernilai.


4) Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar tapi dijangka tahun 2009 hanya perlu 30 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai.
Kalau anda menabung bentuk duit, nescaya anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda nak pergi seorang je.


5) Pemimpin negara kita adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini.
Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit 100 200. Jangan malukan diri anda lagi.


6) Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas.
Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab,beli alat pertahanan tapi sekarang,semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas..tak lama lagi akan down..


7) Layak kena zakat. Dapat pahala. 85gram/20 dinar simpan baru wajib zakat. Zakat 2.125g /setengah dinar.


Khilaf ulamak. Ada kata kena ada kata tak.(rujuk kitab risalah imam shafie). petikannya; tidak harus dikiaskan emas dan perak dengan duit ringgit(wang kertas) pada wajib zakat. 3 mazhab lain wajib zakat. Mazhab Shafie tak wajib..anda nak bayar juga, suka hati koranglah tapi taqlid mazhab selain shafie lah, kang tak pasai2 duit habis, amalan tak sah.


8) Keunikan yang ada pada umat islam tapi tidak digunakan.
Alat barat untuk mengambil kekayaan orang Islam seperti minyak,senjata,teknologi dan sebagainya.


9) Peningkatan purata 11% setahun tanpa susutnilai.Rujuk http://www.kitco.com/
Susut nilai setahun 37% . bonus ASB baru 7% setahun..rugi 30%.tapi kita tak nampak..kita nampak kertas aku makin banyak.


10) Tiada siapa boleh main harga kerana ia memang berharga.
Alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah anda jika 100 000 anda di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit anda jadi 100 je..tak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan


p/s pikir-pikirkanlah.

Monday, 2 May 2011

PERBANDINGAN PELABURAN

Fikir-fikir untuk pelaburan dan melaram sila lihat dulu

Menyinkap Kembali Dinar Pertama Saya
bersama Public Dinar

*-------------------------------------------------------------------------------*

Silver Price Still Under Value
*.....Ade budget lebih iJadi belajarlah ilmu dan manfaatkan untuk diri dan keluarga dan bertindak bijak dalam pengurusan perbelanjaan dan pelaburan.

Apa Itu Emas

Raw Gold (Emas Mentah) 999.9 Untuk barang Kemas.

Ini adalah sebahagian Emas Mentah
atau dengan kata samanya Raw Gold 999.9
Khas untuk membuat Barang kemas dan Coin Dinar
Ramai yang dok tepon bertanyakan hal sedemikian..
Just some knowledge.. ade lagi pelbagai bentuk
termasuk biji-biji / ketoi ketoi
Tapi yg ini tak berape lawa lah..some tu memang takde cert pon..
Tapi yang penting tulen dan datang dari sumber yang boleh dipercayai.

Selamat Datang Ke Noordin Jewel Store

            
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
SALAM SEJAHTERA UNTUK SEMUA
BAGI YANG BERMINAT UNTUK MEMBELI DAN MENJUAL EMAS DAN PERAK BOLEH MENGHUBUNGI SAYA SEPERTI NO H/P YANG TERTERA