HUBUNGI

Contact No : 0194804746 / 0197754746 A/C No : 3988538227 NOORDIN JEWEL ENTERPRISE Public Islamic Bank

Sunday 29 May 2011

PROMOSI MENUKAR GOLD BAR KEPADA EMAS PERHIASAN

AR-RAHNU SUDAH MENGHENTIKAN PAJAKAN GOLD BAR DAN GOLD COIN


START FROM FRIDAY, May 13, 2011

Ar_Rahnu sudah menghentikan pajakan Goldbar dan Goldcoins

Kami telah diberitahu oleh agensi ar-rahnu ( bank ), bahawa mereka tidak lagi menerima pajakan drp goldbar dan goldcoins. Ianya berkuat kuasa pada jumaat lepas. Sehubungan dgn itu, berkemungkinan akan menjadi sedikit masalah bagi yg ingin memajak barangan mereka selepas ini. Kisah ini bukan baru, kerana Bank Rakyat sudah lama menghentikan operasi ini tidak lama dulu ( sekitar 2009 ) dan hanya beberapa Ar-rahnu x-change yg menerima pajakan tersebut.
melur , pasir , cowboy

gajah

Berikutan dgn itu jika anda ingin menukar goldbar kpd barang kemas, boleh berurusan dgn kami utk mengetahui bagaimana program pertukaran tersebut. Anda boleh membuat pilihan utk menukarkan kpd brg kemas 999 atau 916. Pilihan yg ada adalah rantai leher, rantai tangan jenis bunga melur ( spt gmbar di atas) atau tali gajah.

Wednesday 18 May 2011

PROMOSI EMAS PERHIASAN AKAN BERAKHIR

PENGUMUMAN PROMOSI EMAS PERHIASAN AKAN BERAKHIR

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN DAN PENGUNJUNG BLOG SAYA. SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PROMOSI JUALAN EMAS PERHIASAN AKAN BERAKHIR PADA 31 MEI 2011. KEPADA ANDA YANG TERINGIN DAN BERMINAT (SERIOUS BUYER ONLY) BOLEH MENGHUBUNGI SAYA MELALUI EMAIL, CHAT BOX, FB ATAU SMS UNTUK BERUNDING HARGA SELEPAS TARIKH TERSEBUT. JADI JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA KERANA HARGA TAK SELALU DAPAT MURAH. KEPADA YANG TAK CUKUP DUIT PULA, AR-RAHNU MUNGKIN DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MEMILIKI EMAS YANG DIIDAMKAN-IDAMKAN

Monday 16 May 2011

PROMOSI JUALAN 2 BERMULA


PROMOSI 2 TELAH BERMULA JADI PILIH DAN BELI .
HARGA DIJAMIN MURAH DARI PASARAN.

PROMOSI AKAN BERAKHIR PADA 31 MEI 2011

RL.0011= RM150.00 X 18.98g = RM2847.00
sold

RT.0001= RM150.00 X 21.74g = RM3261.00
sold
RT.0002= RM150.00 X 8.08g = RM1212.00
sold
RT.0004= RM150.00 X 15.34g = RM2301.00

RT.0005= RM150.00 X 20.38g = RM3057.00
sold
RL.0009 = RM150.00 X 30.31g = RM4546.50

RT.0006 = RM150.00 X 19.88g = RM2982.00
sold
RL.0008= RM150.00 X 51.03g = RM7654.50

UNTUK PENGHANTARAN MELALUI POS LAJU/COURIER RM 8.00 DIKENAKAN
PROMOSI ADALAH TERHAD PADA SIAPA CEPAT DIA DAPAT DAN SETIAP PEMBELIAN HENDAKLAH DIBAYAR PENUH SEBELUM BARANGAN DIHANTAR. HARGA PROMOSI ADALAH UNTUK PEMBELIAN MELALUI BLOG SAHAJA. SILA TAIPKAN NAMA DAN NO TEL SERTA NO KOD ITEM UNTUK LOCK BARANGAN. DALAM TEMPOH 24 JAM JIKA TIADA BAYARAN DIBUAT MAKA BARANGAN AKAN DIBUKA UNTUK JUALAN.
SILA DAFTAR DI LAMAN SEMBANG BLOG SAYA UNTUK PEMBELIAN.
JADI TUNGGU APA LAGI SIAPA CEPAT DIA DAPAT.

Sunday 15 May 2011

PROMOSI JUALAN 1 BERMULA

PROMOSI 1 TELAH BERMULA JADI PILIH DAN BELI .
HARGA DIJAMIN MURAH DARI PASARAN.

PROMOSI AKAN BERAKHIR PADA 31 MEI 2011

BUNGA RAYA GOLD BAR 10G (999.9)
RM 170.00 X 10G = RM1700.00

USED C.0001= RM 147.00 X 2.86G = RM420.42

USED C.0002= RM147.00 X 3.05G = RM448.35

USED C.0003=RM147.00 X 2.76G = RM405.72

USED C.0004= RM147.00 X 1.56G = RM229.32

USED C.0005= RM147.00 X 1.91G= RM280.77

USED. C.0006= 147.00 X 2.87G= RM421.89

COLLECTION ITEM RM 2500.00

COLLECTION ITEM RM 4000.00
TENGKU ABDUL RAHMAN GOLD COIN 1971
TINGGAL 1 UNIT SAHAJA

PURE SILVER LOCAL MADE RM 280.00
SOLD OUT
BAGI YANG MASIH BERMINAT BOLEH TUNGGU TEMPAAN SETERUSNYA @ ANDA BOLEH BOOKING DAHULU MENGIKUT HARGA PASARAN SEMASA TEMPAAN SIAP.

PURE SILVER IMPORT RM 200.00 1oz = 31.1g
MASIH ADA 10 PCS TINGGAL LAGI 8 PCS

RL.0001 = RM147.00 X 6.83g = RM 1004.00

RL.0002= RM147.00 X 6.85g = RM1006.95

RL.0005= RM147.00 X 48.09g = RM7069.23

RL.0006= RM147.00 X 6.10g = RM896.70

RL.0007= RM 147.00 X 8.15g = RM1198.05
sold
UNTUK PENGHANTARAN MELALUI POS LAJU/COURIER RM 8.00 DIKENAKAN
PROMOSI ADALAH TERHAD PADA SIAPA CEPAT DIA DAPAT DAN SETIAP PEMBELIAN HENDAKLAH DIBAYAR PENUH SEBELUM BARANGAN DIHANTAR. HARGA PROMOSI ADALAH UNTUK PEMBELIAN MELALUI BLOG SAHAJA. SILA TAIPKAN NAMA DAN NO TEL SERTA NO KOD ITEM UNTUK LOCK BARANGAN. DALAM TEMPOH 24 JAM JIKA TIADA BAYARAN DIBUAT MAKA BARANGAN AKAN DIBUKA UNTUK JUALAN.
SILA DAFTAR DI LAMAN SEMBANG BLOG SAYA UNTUK PEMBELIAN.
JADI TUNGGU APA LAGI SIAPA CEPAT DIA DAPAT.

Thursday 12 May 2011

PELABURAN YANG BIJAK

Bagaimana Membuat Pelaburan Yang Bijak
Kita perlu tahu bahawa logam ini bukan sekadar hiasan malah ia boleh membawa keuntungan yang lumayan kepada sesiapa yang bijak memilikinya.
Macam Mana Kita Nak Mulakan ?
Mulalah dengan membeli Emas setiap bulan (Menabung)....Selepas 6 bulan, nilaikan Emas tersebut dengan harga semasa untung ka tidak ...tu jeee...compare laa dengan ASB/Mutual Fund/FD/lain-lain Investment.
Terimakasih Kerana sudi meluangkan sedikit masa di blog Saya ni..memang banyak info yang menarik di sini relate to Emas. Lapangkanlah sedikit masa di blog ini.
Yang Pasti !!!! Anda salah seorang yang bertuah
Ilmu Emas ini amat jarang sekali diperbincangkan di luar sana ...Anda tak akan tahu!!! jika Anda tidak mahu ambil tahu dan Saya pasti Anda tak akan rugi sekiranya anda ambil tahu. ...
Tipu daya wang kertas dan sistem riba boleh memusnahkan nilai harta kita. Marilah kita bersama menceburi bidang pelaburan emas dan pasti akan beroleh keuntungan daripada apa yang anda laburkan kerana pelaburan ini bukan sekadar mengejar kekayaan dunia malah boleh manfaatkan kepada insan yang memerlukan...Dunia dan Akhirat.
Ceburilah Industri Emas Malaysia...Selamat Maju Jaya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Menyimpan Emas Tetap Menguntungkan Anda.
Peranan emas ketika negara aman dan makmur.
Bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita membeli emas, biasanya ada 4 tujuan:
1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang)
2. Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.
4. Hantaran kahwin
Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah Asset penyelamat harta Kita?
Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik.
Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah - kertas! tak ada nilai.
Peranan emas ketika harga emas menurun
Pada kebiasaannya harga emas turun disebabkan beberapa faktor. Ia merupakan fonomena biasa dan bersifat sementara dan akan kembali melonjak ke aras sepatutnya dengan cepat kerana nilai dan permintaan semasa yang amat tinggi. Sekiranya harga menurun maka peluang pelabur mendapatkan keuntungan adalah berlipat ganda berbanding kenaikan secara berterusan. Permintaan dan nilai logam ini telah pun terbukti sejak beribu tahun dulu lagi.
JADI JANGAN TUNGGU LAGI KERANA MASA ITU EMAS DAN EMAS SENTIASA MENINGKAT TINGGI HARGANYA. LABURKAN SEBAHAGIAN DARI WANG ANDA PADA EMAS UNTUK MASA HADAPAN.

Tuesday 10 May 2011

PENGUMUMAN PROMOSI EMAS PERHIASAN

UNTUK MAKLUMAN SEMUA SAHABAT , PELABUR DAN PEMBELI, DIATAS PERMINTAAN RAMAI  PROMOSI JUALAN EMAS PERHIASAN AKAN DIJALANKAN SELAGI MASIH ADA STOK TIDAK LAMA LAGI  DAN PROMOSI HANYA DIJALANKAN DI BLOG SAYA. SETIAP ITEM ADALAH TERHAD DAN BERDASARKAN SIAPA CEPAT DIA DAPAT. JADI UNTUK TIDAK KETINGGALAN MAKA RAJIN2LAH MELAYARI BLOG SAYA. HARGA PROMOSI SAYA JAMIN  TIDAK AKAN DAPAT  DIPEROLEHI DI PASARAN KERANA AMAT MURAH.
JADI CUBA SEMAK HARGA PASARAN DARI SEKARANG DAN CUBA BANDINGKAN DENGAN HARGA TAWARAN DARI NOORDIN JEWEL. SELAMAT MENANTI YERRRRR....

SUSUTNYA NILAI TUNAI

Susutnya nilai tunai setiap tahun berbanding emas
Pada posting ini, saya hanya ingin berkongsi fakta-fakta mengenai kelemahan tunai di dalam menyimpan kuasa beli.
Saya pasti anda semua sedar bahawa jika kita bandingkan tempoh 10 tahun yang lepas dan masa kini sangat berbeza dari segi kemampuan membeli. Dahulu, dengan RM200 troli pasaraya itu akan penuh setiap kali kita pergi berbelanja pada hujung bulan. Kini, RM200 tidak lagi dapat kita belanjakan untuk mendapat barang yang sama banyak. Mengapa?
Pelbagai fakta kita cuba kaitkan seperti, kos buruh meningkat, kos bahan mentah meningkat, kos pembuatan meningkat dan sebagainya. Sebenarnya, perkataan yang paling tepat untuk menjelaskan semua ini adalah INFLASI.
Inflasi menyebabkan kuasa beli kita terhadap tunai yang kita miliki berkurangan dari masa ke semasa. Inflasi menyebabkan kita terpaksa menambah tunai kita lebih banyak lagi untuk sesuatu barang yang sama tahun demi tahun.
Jadi, sekiranya anda menyimpan wang di dalam bank selama 1 tahun dan mendapat pulangan katakan 8% setahun, jangan terlalu gembira. Ini kerana itu merupakan pendapatan kasar anda. Dapatkan laporan kadar inflasi negara dahulu untuk tahun tersebut, barulah anda tolakkan dengan apa yang anda terima.
Ini berbeza sama sekali jika dibandingkan dengan menyimpan emas. Emas bersifat pengekal nilai dan tidak akan mengurangkan kuasa beli anda berdasarkan apa yang anda simpan. Saya berharap posting ini dapat memberi gambaran kepada anda tentang sifat emas yang mengekalkan nilai & juga memberi kefahaman bahawa simpanan tunai perlu mendapat pulangan yang tinggi kerana anda belum menolak nilai susutnya kuasa beli yang berlaku

Monday 9 May 2011

KETULINAN EMAS DAN PERAK

Ketulenan Emas Dan Perak

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?
APA ITU KARAT ( K ) ?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.
STANDARD KETULENAN EMAS BARU
( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama
( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
( c ) 916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama
( d ) 875
( e ) 835
( f ) 750 18K mengikut ukuran lama
( g ) 585 14K mengikut ukuran lama
( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.
STANDARD KETULENAN PERAK
( a ) 958.4 ( b ) 925 ( c ) 830 ( d ) 800
STANDARD KETULENAN PLATINUM
( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya.
CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN
KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN 24 CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT 1000
Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 750 X 24 = 18K 1000
TAKRIF KETULENAN
Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ). Ia mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu barang samada daripada emas, perak atau platinum.
PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )
Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandunganlogam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik. Penentuan ini adalah dibuat oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga. Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM. Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN pada barang yang telah diuji.
STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN
Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga ) 1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi standard ketulenan yang telah ditetapkan. Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan.Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870. Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan. Bagi platinium dicap atau diukir dalam bentuk tiga segi.
PENANDAAN STANDARD KETULENAN
Barang-barang yang diwajibkan penandaanBarang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda dengan standard-standard ketulenan seperti yang dinyatakan dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.
Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja. Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan. Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat tambahan pembeli . Penandaan lambing pembuat, pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun tidak diwajibkan.
PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )
Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum yang dicap pada barangan tersebut. Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-barang yang disadur. Contohnya disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K ( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.
PENGECUALIAN DARI PENANDAAN
Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat yang kurang daripada 1.5 gram.
PENGECUALIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI
Duit syiling , barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat sebelum 1hb.Ogos,1995.

Sunday 8 May 2011

Agro Bank

Ar-Rahnu Agro Bank
An Islamic pawn broking scheme based on Syariah principles of Al-Qard, Al-Wadiah and Al-Ujrah which provides a source of immediate financing to assist individuals in overcoming cash-flow needs, offering investment opportunities as well preventing from illegal/unlicensed financing activities.
ADVANTAGES OF AR-RAHNU
·         Financing according to Syariah Principles
·         Fast, easy and safety guaranteed
·         More cost efficient
·         Fee remains static until full redemption
·         Longer pawn periods
APPLICANT ELIGIBILITY
·         Open to all Malaysian citizens
·         Aged 18 years old and above
PAWN LIMIT
·         Maksimum RM 150,000 @ 50,000 per day
·         Minimum RM100
PAWN DURATION
6 + 3 + 2 months
The first duration is for 6 months, can be extended for another 3 months and lastly for another 2 months.
TYPES OF ACCEPTABLE COLLATERAL
All types of jewelries made of gold, such as:
·         Necklaces
·         Earrings
·         Rings
·         Wrist and leg bracelets
·         Brooches
·         Gold coins and gold pieces
·         Others
SAFEKEEPING FEE
Enjoy low administration fee as follows:
Margin
Pinjaman
Upah Simpan bagi setiap RM100.00
Nilai Marhun/Bulan
50%
RM0.50
60%
RM0.60
70%
RM0.75


PAWN DURATION
Redemptions can be done in:
·         Installments or
·         All at once anytime before or on the maturity date.
HOW TO APPLY
·         Fill up the application form
·         A Photostatted copy of your IC
·         The jewelries you wish to use as collateral
·         Send these items to the Ar-Rahnu counter for processing and get instant cash

Saturday 7 May 2011

Ar-Rahnu Dan Simpanan

Emas, Gadaian Ar-Rahnu dan Simpanan adalah perniagaan
Emas,sesuatu yang berkilau merentasi zaman berlalu kini berada di tanahairku, terbukti yang dikatakan Semenanjung Emas itu memang wujud dan akan menjadi sandaran orang Melayu untuk menjadi khalifah mentadbir bumi ini.Bermula dari pentadbiran keluarga Melayu yang harmoni,bersopan-santun,mengamalkan kesederhana’an akan melahirkan masyarakat yang mempunyai peradapan yang tinggi.Sandaran emas yang selama ini seakan-akan Bayangan Emas kini menjadi satu pola perubahan kepada bangsa Melayu mempeloporinya untuk merubah kehidupan yang selama ini agak kurang harmoni seumpama rezeki segenggam di tangan menjadi rebutan semua orang. Bila sistem kewangan keluarga di sandarkan kepada emas maka ianya menjadi simpanan yang menguntungkan dalam jangkamasa panjang. Justeru, di sini  Ar-rahnu memainkan peranannya.
Ar-rahnu adalah satu kaedah simpanan dan pinjaman wang berasaskan emas & merupakan sesuatu yang baru di pelajari oleh orang Melayu. Atas usaha Yayasan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) maka lahirlah Ar-rahnu yang dikendalikan oleh YAPEIM, Bank Rakyat, Agro Bank, Eon Capital dan Kopersi-koperasi Malaysia.
Sistem Gadai Simpan ini adalah lebih menguntungkan kepada masyarakat Malaysia kerana ianya secara langsung menjadi aset negara.Langkah permulaan ini adalah satu langkah ke arah menuju satu wawasan yang semua orang inginkan iaitu keharmonian.
Simpanan Emas mengambil masa lebih kurang sepuluh tahun untuk merubah peradapan masyarakat yang mengamalkan kesederhanaan dan keusahawanan. Zakat 2.5% yang di keluarkan dari simpanan emas itu akan dengan sendirinya memainkan peranan dalam masyarakat yang perlukan pertolongan.Mudah-mudahan simpanan emas ini juga akan menjadi warisan kepada generasi Melayu yang akan datang.Insyallah…

Thursday 5 May 2011

Nak Beli Emas Duit Tak Cukup

Bagaimana Membeli Sekiranya wang tidak mencukupi,faedahnya & risikonya
Sekiranya anda rasakan anda ingin membeli emas tetapi wang anda tidak mencukupi, kebiasaannya anda akan menunggu dahulu. Tindakan ini salah sebenarnya. Mengapa? Apabila anda menangguhkan masa, sementara menunggu wang anda itu cukup, harga emas mungkin akan meningkat lagi. Pada ketika itu, anda masih perlu menunggu lagi masa untuk mencukupkan lagi simpanan tersebut.
Di sinilah keperluan kredit dari Ar-Rahnu akan sangat membantu. Ar-Rahnu memberikan pinjaman sebanyak 65% untuk pelanggan pertama kali. Untuk pinjaman kedua, nilai pinjaman akan dinaikkan lagi sehingga 70% pula. Pinjaman akan diberikan berdasarkan harga hari tersebut yang ditentukan oleh Ar-Rahnu. Mari saya tunjukkan cara kiraan tersebut.
Saya permudahkan kiraannya agar mudah difahami semua. Katakan harga emas yang ingin dibeli adalah RM10,000.
Di sini anda hanya perlu membayar RM3500 sahaja dari tunai anda.
Baki lagi RM6500 akan dibayar oleh pihak Ar-Rahnu, dengan syarat emas untuk dipajak kepada mereka.
Kini anda telah berjaya membeli emas tersebut pada harga masa kini. Anda hanya perlu membayar secara ansuran atau jumlah penuh kepada Ar-Rahnu semula untuk mendapatkan hak penuh emas anda.
Faedahnya adalah, anda membeli emas pada harga rendah(masa kini) berbanding mengumpul wang dan membeli pada harga yang lebih mahal(masa akan datang). Anda juga boleh membayar upah simpan sahaja kepada Ar-Rahnu sekiranya tiada wang untuk membayar pinjaman tersebut. Bukankah ini lebih baik dari pinjaman lain kerana pinjaman lain ada amaun tertentu yang wajib dibayar setiap bulan.
Risikonya adalah anda perlu sedar bahawa ada kos tambahan yang wujud iaitu upah simpan yang mesti dibayar sebelum tamat tempoh 6 bulan. Kos tambaham ini adalah sebanyak 7.8% setahun. Anda hanya terdedah dengan risiko ini. 
p/s: penulisan diatas adalah pengamatan/pengalaman  penulis tentang trend kebanyakan orang melabur masa ini.

Konsep Ar-Rahnu

Memahami konsep memiliki emas dengan pinjaman Ar-Rahnu
Pernahkah anda terfikir bahawa membeli emas adalah sama ertinya seperti anda membeli sebuah rumah atau tanah atau apa-apa aset yang lain. Kita sering terlupa bahawa emas juga merupakan aset. Oleh kerana kita hanya memandang emas sebagai barang perhiasan maka pihak yang mendapat keuntungan selalunya golongan yang terlibat di dalam perniagaan emas. Namun begitu, kini saya percaya ramai yang semakin sedar akan perkara ini.
Cuba kita buat penelitian terhadap aset lain seperti rumah dan tanah. Apakah hasil yang kita perolehi dari memilikinya? Kita akan mengaitkan rumah dan tanah petempatan dan juga aset yang mampu memberi kenaikkan nilai selepas tempoh tertentu. Kini gantikan rumah dan tanah kepada emas. Sama bukan?
Ada pihak yang akan mengatakan bahawa rumah atau tanah boleh dibeli melalui pinjaman. Emas tidak. Di sinilah sebenarnya kesilapan yang dilakukan oleh kebanyakkan orang. Mereka terlupa bahawa konsep Ar Rahnu hampir sama dengan konsep membeli rumah atau tanah. Saya akan cuba jelaskan dengan cara yang termudah untuk difahami. Saya akan bahagikan kepada beberapa proses.
Pertama = Proses Membeli.
Membeli rumah atau tanah, tidak perlu bayar harga penuh rumah tersebut. Hanya membayar
bayaran pendahuluan (lebih dikenali sebagai duit muka). Proses pertama adalah antara anda dan pemaju atau pemilik tanah.
Kedua = Pinjaman Dari Bank
Proses kedua ini melibatkan pihak ketiga iaitu bank memberi anda pinjaman untuk menjelaskan bagi pihak anda, baki bayaran yang masih anda berhutang dengan pemaju atau pemilik tanah.
Ketiga = Bayaran Semula
Anda kini berhutang dengan pihak bank. Ini kerana pihak bank telah membayar hutang anda dengan pemaju atau pemilik tanah. Bank akan menetapkan bayaran bulanan pinjaman beserta kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (perbankan Islam) yang mesti dibayar setiap bulan.
Keempat = Memiliki Sepenuhnya Atau Menjual
Anda memiliki pilihan di sini. Sama ada anda ingin membayar hingga selesai pinjaman tersebut dan menjualnya, atau anda melihat kadar kenaikkan rumah atau tanah tersebut. Sekiranya harganya naik tinggi anda mungkin menjualnya lebih awal sekiranya hutang anda dengan bank dapat dibayar penuh dan mendapat lebihan tunai tambahan daripada jualan tersebut (membuat keuntungan).
Sebenarnya konsep ini juga boleh dipraktikkan dengan menggunakan kemudahan kredit yang ditawarkan Ar Rahnu. Proses yang sama sahaja dari proses pertama hinggalah proses keempat.
Malah terdapat beberapa kelebihan lain lagi yang terdapat pada emas. Saya akan nyatakan kelebihannya di bawah ini;
1. Pembelian emas boleh dimulakan secara kecil-kecilan dengan konsep ini. Ia bermodalkan serendah RM1000 dan selebihnya berdasarkan kemampuan anda. Sekiranya tanah atau rumah pasti lebih.
2. Sistem Bayaran Semula Ar Rahnnu, tidak mewajibkan anda membayar pokok pinjaman setiap bulan. Apa yang wajib adalah bayaran upah simpan setelah 6 bulan ia di bawah simpanan bank.
3. Faedah dari kenaikkan harga boleh diambil bila-bila masa sekiranya berlaku kenaikkan harga (bahagian ini saya rasa perlu penjelasan lebih mendalam, tetapi tiada apa yang terselindung).
4. Tiada 
“locking period”
, di mana anda boleh membayar penuh pada bila-bila masa (sekiranya membeli tanah atau rumah, walau anda selesaikan segala pinjaman awal di dalam tempoh “locking period”, anda tetap akan dikenakan penalti).
5. tiada dokumentasi untuk menyemak kemampuan anda membayar semula pinjaman. Anda hanya perlu bawa kad pengenalan. Tidak seperti membeli tanah atau rumah. Pinjaman untuk emas memberikan anda kelayakan membeli 100% selagi anda tidak diisytiharkan muflis.
Memandangkan sudah ada kemudahan kredit sebegini, mengapa anda perlu tunggu lebih lama lagi. Harga emas dijangkakan akan meningkat jauh lebih tinggi lagi sepanjang tempoh 2 tahun akan datang. Untuk anda membeli aset lain, modal yang anda perlukan jauh lebih tinggi. Anda boleh bertindak sekarang untuk berjimat atau bertangguh dan membayar harga yang lebih tinggi lagi di masa akan datang.